Sunday, April 21, 2013

cubaan pertama pancake nasi gua


Akhirnya dengan daya usaha dan kerajinan diri gua yg 'rajin', gua berjaya menyiapkan pancake nasi gua yg pertama. Hik hik hik..resipi ni dpt dari rancangan Nasi Lemak Kopi O, trio ahad yg masak. Oleh sbb gua teringin  nak rasa,  dan rasa  mudah nk buat so gua try ekeke.

Bahan2 adalah seperti di bawah :

2 cawan nasi putih dileraikan
3 biji telur ayam
2 keping daging burger ayam 
1 1/2 biji kentang di rebus (buang kulit)
sebiji bawang merah dipotong halus
2 ulas bawang putih dipotong halus
2 biji cili api di potong halus gak( x thn pedas guna cili hidop k)
sedikit daun sup (kalau x de pun x pe)
lada itam dan garam secukup rasa

How to cook?

Senang je gaul je semua bahan2 diatas kasi gaul rata. pastu lenyek2.
Then goreng la mcm wat lempeng. siappp ! 
kemudian boleh la cicah dgn sos kalau ada kari pun boleh cicah k .

p/s : oklah lain kali kalau gua main masak2 lagi gua share k daaaaaaa.

Friday, March 15, 2013

Gooner Inside



Bab 1
“ woi usha ape? Ha ha ha wooooohoooooo mantap siot keh3” sergah Ieman sambil mengerling minah opis dpn bengkel Ajis yg berjalan mcm itik pulang petang .  “Wakaka hotak kau mantap, gila kau ni..aku mana ada usha apa2..” terang Iskandar. “Dah la kau..tak ngaku kan keh3..pergh perghh perghh !” usik Ieman lagi sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Iskandar . “ Ha ha ha mantap tapi muka pecah he he he” terang Iskandar lagi.  “ argh asal mantap !! muka pecah takpe bak kata ustaz kemah keming menda ntah nama dia, nanti malam kau tutup la lampu..ehem2  wakakaka pegi la try ha ha ha” sambung Ieman lagi. Matanya masih lagi kearah gadis2 vouge yg kemain seksinya mengalahkan minah2 omputih.  Dalam kepalanya berfikir nakal bagaimana untuk mengenakan Iskandar. Ieman memuncung-muncungkan mulutnya seakan-akan ingin membuat sesuatu. Pantas iskandar menghalangnya “ dah2 kau tak payah la nak suit2 minah tu bagai ye karang aku yg kena  ha ha ha” sambil Iskandar menolak kepala Ieman sehingga agak terdorong ke dpn. “siot la..main2 kepala plak..cuba lelembut ckit ngan aku ni..aku ladies okeh keh4..ouchh sentap mak tawww…nak kena bakooo?? Kite bakoooo wakakaka .” Kate Ieman lg sambil meniru aksi gaya tangan usop penari kebudayaan. Meledak tawa Iskandar melihat aksi Ieman. Susah kalau jumpa minah ni. Tak sah kalau perot tak krem, penat gelak hadoi.

Iskandar memerhatikan saja Ieman. Minah mantap muka pecah, stok cuci mata tadi pun dia dah tak hirau. Nak lepas rindu he he he. Rambut Ieman yg ikal semakin panjang melepasi paras baru hampir separas dadanya, dibiarkan lepas..mmg susah nk lihat dia mengikat rambut. Kulit masih seperti dulu putih bersih tp pucat, muka lak tiada secalit mekap melainkan bedak baby Johnson dia tu, tp cute je tak perlu mekap, natural..bau je Iskandar mmg dah boleh cam he he he. Pakaian pula Ieman hanya mengenakan t shirt hitam kosong kolar bulat, rantai silver dgn buah huruf I dikeluarkan dikenakan dgn seluar jeans kaler hitam serta kasut ala  kungfu kaler hitam  jenama Vans. Ah minah ni kalau tak Converse mesti Vans tu jelah tak pun selipar jepun. Persamaannya dua2 nampak klasik. Minah ni mmg suka klasik. Kalau edit picture abes picture tu jadi klasik ha ha ha. Jiwa klasik betol. Lagu2 klasik pun kadang2 layan he he he tetiba kang dia nyanyi “anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah inikan pula hati org, mengapa dikenang “ ha ha ha. Elok2 lps nyanyi lagu klasik gitu tetiba nyanyi faget korn lak. Mmg sewel.  Tapi jujurnya yang sewel ini la yg dia cari2 bila pulang ke hometown.  Bersama dgn minah ni hati jadi tenang je, ceria, tgk gelagat dia bahagia.. Paling tak boleh blah kalau ada mamat2 usha dia. Dia boleh wat muka takde perasaan macam org tu tak wujud je dpn dia keh4. Tp bila datang miangnya mencuci mata. Hadoi jeles woooo usha tak kelip tu err. Jap2 apsal aku nak jeles lak?...tapi sejak setahun lbh tak berhubung dgn minah sewel ni dia dpt merasa sesuatu yg lain..er er “kuch2 hota hai??” waklu Hindustan ?? adoi setahun lbh keje tanpa berhubung dgn dunia luar mmg boleh buat jd gila. Kalau dulu dengar lagu rindu serindu rindunya spoon dgn minah sewel ni dulu aku gelak2 tp sekarang rasa lain lak he he he..dia? ntah la sama je mcm dulu.. susah nak tafsir ape yg dia rasa.. Tak tau la kuch2 hota hai juga mcm aku ke tak..eh ngaku lak aku.. he he he..ape aje tentang minah sewel ni yg aku tak tau..semua..tanpa sedar kotak fikiran aku dah save semua yg minah sewel ni suka, tak suka..habit dia, peberet dia..tanpa sedar..pelik. satu yg paling buat kau rasa selesa dgn minah sewel ni walaupun dia agak tak betol ha ha ha, kau tak akan pernah rasa terpaksa nak buat ape pun tuk dia. Mcm kau jumpa sesuatu yg ikhlas. Ikhlas yg mmg kau susah nak jumpa sekarang. Mcm selalu dia kata la “tulus itu indah..tp nak jumpa mcm kau cari semut hitam dalam gelap.” Misi yg hampir mustahil.

“woi, termenung ! awek muka pecah kau dah terlepas tu ekeke, eh dahla aku nak balik arr lenkali jumpa lagi pape roger ar cam bese k” sergah Ieman. Iskandar mengerutkan keningnya yg tebal dan agak lebat itu sambil berkata” asal cpt sgt nak balik ? blm Maghrib kan?..” katanya dgn nada agak tak puas hati. “he he he dah dpt cium bau bengkel udah la..tak sangka lak kau ada, balik tak pernahnya nak kasi tahu..lgpun letih arr tak claim tido lagi aritu layan Arsenal vs Bayern 2 leg..kau tgk? Masa tu kau dah balik sini ke? 2nd half aku tertido mula2 mana taknya, dok passing2 ke belakang bila nak golnya ha ha ha last2 tu baru okeh skit seb bek terjaga ..kalau kau ada time tu mesti tak tertido..blh kaco2 ko kan kan? ” bertalu-talu Ieman bertanya. Iskandar tersengih2..baru je balik..tak tgk, aku tgk highlight je time tu blm balik lg. On the way he he he. Malam ni kau lepak sekali tak? Lama kot tak borak dgn kau..” Tanya Iskandar. “Err tak la aku rasa, nanti Arsenal vs Swansea kite lepak sama ek? Sabtu kot.  Arini kau..call jelah mcm tak bese plak ha ha ha, dah jumpa phone kau? Dah tgk bawak katil? Ntah2 dah bersawang he he he..no baru ke? Bak mai no aku call nanti keh4” perli Ieman lg secara berhemah. “cisss siot perli..aku blom tgk phone aku..kau pakai no lama kan? Nanti aku call kau mlm kang…mcm tak bese lak kau,bkn aku je ke call kau selama ni? Ha ha ha” balas Iskandar . “ Eh eh eh? ingat tak? kau yg kata kan jangan call kau kan? Sbb kau tak tau nak naikkan bil tepon kau mcm mana ekeke, ha ha ha kau kan kaya, dah la aku nak balik dulu woi daaaaaa..” Ieman senyum sambil melambai2kan tangannya kepada Iskandar . Lepas je Ieman start Yamaha 125 kesayangannya, dia menyeret sedikit tayar motornya itu kasi bunyi gempak sikit..trademark katenyerrr sambil mengenyitkan matanya ke arah Iskandar sambil menjerit “jangan lupa call woi ha ha ha” . Iskandar tersenyum sambil mengelengkan2 kan kepala melihat gelagat minah sewel kesayangannya.  Kesayangan?? Errrr… ~bersambung bila gua rajin nanti ha ha ha~


p/s : Cerita adalah tiada kena mengena dgn watak yg masih hidop ataupun yg dah kiok. Mohon jgn copy paste tanpa kebenaran.






Tuesday, February 5, 2013

Cuci Mata..

Arghhhh
bercuti dari bercuci mata..adalah sgt tak best okeh..
grrrr....
MAU CUCI MATA !!!!!!!

Wednesday, January 16, 2013

Serabut woiiii

wah lama gile tak menulis..
rinsu tahu mahu menulis..
tapi kan nantilah..
byk benda gua nak settle ni..
hope dipermudahkan..
serabut wehhh.....
all about the money huhu...
doakan wehhhhh

Sunday, March 11, 2012

Untukmu Azlan (keeper Selangor)

Mula2 gua pasrah bila dengar team Selangor kalah sama itu Johor fc walaupun gua agak terkuciwa sbb kite leading kot 2-0..tiba2 seri..ok gua terima lagi last2 kalah penalti lak..ok gua terima lagi. Tapi balik dari kelas ptg tadi adik gua tunjuk satu video (gua bajet lu org tau video tu, gua malas tempek kt sini sbb gua sakit hati tgk),  yg menunjukkan kesilapan yg gua rasa, gua belum dpt maafkan weh..terkilan tahu.

Dear Azlan(keeper Selangor) bila lu wat gitu hati kecil gua berkata " kena rasuah ke hape dia ni wat gitu." Tapi gua istighfar cpt2 sbb dosa kan tuduh lu bkn2 sbb gua tak ada bukti nak kata lu mcm itu. Cuma sebagai fans Selangor gua rasa sgt2 terkilan. Kalau lu anak jati Selangor lu main sbb negeri bkn main sbb duit aje..kalau lu bkn asal Selangor lu jalankan tanggung jawab lu sungguh2 jgn main2, amanahkan? lu dpt lu punya gaji kan? sungguh lu dah hampakan gua..bkn gua aje semua fan Selangor pun gua rasa.kalah mati kot game smlm..gua mls nak hentam2 sgt..ini cuma luahan hati gua..oh mgkn juga luahan hati sebilangan fans Selangor. Sekian terima kasih..

Lu bkn tak bagus Lan tp lu kena byk belajar lagi.. dan sila jgn hilangkan kepercayaan gua dgn fans Selangor pada lu..Pesanan gua kepada team Selangor ingat jgn pandang rendah team lain, jgn cpt melatah bila dah leading dan ingat kuat satu2 pasukan bukan kerana KEHEBATAN individu tertentu sahaja..bak kata wonderpet "apa yg penting KERJASAMA !" pada fans Selangor teruskan meyokong ok. Jgn menyokong semasa menang aje.

Sekian luahan hati Kristal eh gua lah sbg fans Selangor..

jap gua ada lagu utk lu Azlan..

c/o walau segunung sesalmu
     tidak mungkin ku percaya lagi..
     cukuplah sekali kejelekanmu menggamit pilu
     tidak mgkn ku maafkan lagi..
     andai ini kau lakukan lagi
     dilain kali.. 
     okbai.


Saturday, February 11, 2012

Hero heroin novel hati mulia.




picture credit to google 



Lambakkan movie, drama berdasarkan novel cinta makin menjadi-jadi sekarang. Gua rasa trend la. Yelah sejak dua menjak movie Ombak rindu top meletop kebabomm. Hehe gua pun tgk jugalah. Duduk seat dpn lagi. Tapi tu la sad movie plus cintan2 gua tgk dgn tawa aje sambil gua bhn ckit2 cete tu, dpt plak mamat sebelah gua pun jenis mcm gua mmg tak ada feel la. Tak ada perasaan betol. "tgk toy story 3 menangis la pula, pelik btol !" bak kata kwn2 gua. Haha gua sensitif sikit bab2 friendship ni sbb pada gua persahabatan something yg sgt bernilai pada gua la ~sambil lap ayo mate sbb dengo lagu ni~ hehe.

Bab tu gua tak kisah. Org berkarya kena ikut apa yg pasaran nak kan. Baru lah up to date. Tak gitu? tapi masalahnya sekarang gua perasan persekitaran gua ramai betol manusia2 yg nak jadi macam hero heroin hati mulia dlm itu novel/drama/movie itu. Adoyai bukan la tak baik nak ikut something yg elok kan? tp jgn drastik dan nampak fake sgt la.. mula lah gua yg pangai kdg2 mcm setan ni timbul rasa meluat. Aiyak2..contoh ekk : Bila putus cinta je mesti kuar ayat2 novel "aku pasrah dgn segala yg berlaku pada aku.. aku doakan dia bahagia bersama kekasih barunya..." bajet btol..bapak mulia hati. kata boleh lah..buat? heh. Yg buat btol2 tahniah la mmg mulia la hati lu. Gua respek. Kalau gua, gua ignore je.. tak ingin nak ambil tahu nak terbalik kongkang lantak lu lah. Nak bahagia lu doa la sendiri. Gua tak ada masa nak fikir apatah lagi nak doakan sebab gua dah tak penah baca novel kot haha, hehe life is too short nak fikir benda yg remeh temeh ni byk lagi kena kejar tuk dunia dan yg plg penting kt sana nanti (ni yg plg gua risau,takut kot uhuk2).

Beb novel tu imaginasi seseorg dan mgkn juge plus pengalaman di cedok ckit2 yang lain tu kebanyakkan fantasi. Pesan gua jgn terlalu obses dgn watak sampai lu nak jadi mcm tu. Fake itu meloyakan, kdg2 gua rasa nak muntah tgk siyesly. Be urself. Bersihkan hati secara natural. Slow and steady je baru lu rasa dia punya nikmat jiwa yg bersih. Pada gualah, org lain lantaklah. Manusia lain2 cara fikirannya kan. Nak jadi baik pada gua bkn utk tatapan atau pancing org lain suka kat lu. Tapi utk diri sendiri, biar nampak hancing pada org lain asal lu rasa wangi pada diri sendiri. Kompom hati lu tenang nanti. Pijak la pada bumi yg nyata. Bukan cuba menjadi watak2 imaginasi seorang manusia yg bergelar penulis.

nota kecik : gua suka lagu ni..lirik dia buat gua tertanya2 pada diri sendiri.. kalau lah surga dan neraka itu tak ada..hayati...arghh Dani lu bkn je ensem plus sempoi dgn seluar pendek lu..tp karya lu mmg terbaikkk !

Tuesday, February 7, 2012

Lu jangan jeles jangan busuk hati.

 pic crdt to google : alfatihah buat pemain terbaik Malaysia/Selangor allahyarham Mokhtar Dahari

Hidup mmg mcm roda. Kejap kat atas kejap kat bawah tu mmg dah kompom. Lu org tau la kan. Tu blm cerita pasal karma lagi. Satu part yg gua cuba nak elak seboleh2nya, yelah buat salah dgn org lain kan, susah mau cerita. Buat dosa dgn Tuhan besar mana pun Dia akan ampunkan asal lu ikhlas minta ampun dgn Dia. Tapi dgn org hehe lu fikir la sendiri. Kdg2 mende kecik pun dorang tak mahu maafkan, mcm mana err. Siap main bomoh2 kenakan org ni gua tak boleh blah. Bapak busuk hati tuhan je tahu haih.  Eh mukadimah gua dah lari. Gua sebenar nak cerita psl bola hehe.

Malam besok peberet team gua Selangor akan ber VS dgn singapore. Gua harap menanglah. Gua bukan nak cerita pasal game malam besok, cuma gua rasa annoying dgn separuh2 fan team lain. Nampak sgt tak puas hati dgn team Selangor ni. Gua phm la psl ape. Sebabnya satu2 team bola yg pernah pegang piala malaysia 30 kali lebih kan? Mmg la tu sejarah..sekarang red giants agak lemah sbb tu gua kata idop mcm roda. Ada turun naik. Cuma sejarah tu tetap tak boleh nak padam kan ? so tak yah jeles sgt..nampak tau busuk hati lu org hehe. Lu org sokong je la team lu org, tak payah kutuk2, try dulu..usaha lakar sejarah mcm team Selangor buat. Jauh lagi perjalanan lu org nak ukir sejarah tu. Mmg mcm mustahil sbb sekarang pun dah mcm akhir zaman kan hehe so nasiblah dpt ke tak bergantung jugalah pada masa hehe.

So pesanan gua jauhkan busuk hati hiasi peribadi. hidup bolasepak Malaysia. Jangan2 gaduh sampai wat rusuhan bagai tak berbaloi weh. Haih udah tua2 tak boleh pikior ke..game only game la. Sokong bkn sampai jadi fanatik ok. Gua kalau Selangor tak menang pun gua boleh sokong team lain ape. Mula2 gua akan sokong team pantai barat dulu kalau dah tak ada baru pantai timur last baru borneo. Sbbnya gua pilih yg mana dkt dgn negeri gua la kan hehe.

Nota kecik : gua nk tgk Bosko Balapan punya prestasi malam esok. Gua harap gempak lah.

Wednesday, February 1, 2012

Mak.


Lelaki dicipta kalau tak silap gua utk memimpin bkn dipimpin.
jadi kalau lu org maksud gua lelaki punya perangai mcm anak makcik dlm video ni gua harap lu org tukar la jantina terus. tak yah la jadi lelaki...jadi lah lelaki sejati. gua kempen ni sygi mak lu dulu baru perempuan lain. bini boleh dua tiga dan empat. mak satu je beb. lu fikir la sendiri. gua kalau dpt kwn takut bini ke awek ke mmg gua tak boleh blah. sayang bini boleh tp jgn melebihi syg lu kpd mak lu ! okbai.

Saturday, January 21, 2012

Dua kali.

Dua kali.
Gua tak tau kenapa dalam hidup gua jarang gua dapat settle sesuatu on time.
Selalunya kali ke dua baru dapat. Tu kalau naseb baik lah.

Contoh time gua nak buat ic masa darjah 6. Sekali pegi tak settle. Gua ingat lagi, problem tu kecik aje.
Orang yang tulis surat beranak gua tu dok tulis tarikh bapak gua buat surat beranak tu, kalau tak silap gua awal bulan mac.Padahal gua lahir 30 mac. Patutnya dia tulis bulan april, tak pasal2 kena settle surat beranak tu kasi betol baru boleh settle nak buat ic.Dan hari ni sekali benda yang sama berulang.
cuma situasi berbeza. Tapi bukan untuk buat ic lagi.

Gua malas nak cerita situasi yang gua hadap tadi. Serius gua panas, hangin semua ada.
Sbb gua bukan malaikat,gua rasa mcm gua ni sentiasa malang aje. Sumpahan ke hape gua tak tau lah.
Gua tau tak baik kata gitu. Tak payah nak nasihat gua sekarang. Sumpah gua rasa annoying kalau gua kena nasihat ataupun khtubah sekarang.

Tapi tulah gua tukar persepsi gua sekarang bila hadap dugaan2 cenggini.
Gua rasa tuhan syg gua sangat. Sebab tu Dia selalu duga gua. Tak semua org terpilih mcm gua kan?
Kadang2 gua rasa kebal dah dengan benda kecik2 gini. dah gua rasa ada hikmahnya..
supaya gua tak lupa pada Dia. kan?

Sunday, January 15, 2012

Tulus itu indah.

 picture credit to google : life is wonderful

Setiap hari perasaan mula rasa muak mual dan sebagainya lihat ragam manusia2 yg kadang2 gua tak pernah ambil port walau sehela nafas pun tentang dia. Dan perasaan paling memualkan bila berhadapan dengan manusia2 yg kebanyakkannya fake sungguh2 fake !.
Hidup kena tunjuk2 lu bagus dan tunjukkan sebanyak mgkn keburukan org lain. Eh eh lu tau lagi lu buat mcm tu lagi nampak lu punya busuk. busuk hati heh. kerja kena kipas bos kuat2 walaupun belakang dia lu kutuk2, dpn dia lu buat muka paling manis siap babai2 bila dia nak balik padahal dalam hati lu rasa nak bagi penendang ! ok gua rasa nak muntah tgk lu buat mcm tu sungguh !. gile fake ! tapi gua lebih rela korek hidung depan pakwe2 ensem atau tak ensem daripada tak selesa lubang hidung gua penuh tahi. Gua tak kisah pun kalau dorang tak nak buat bini. Sebab gua percaya tulus itu indah.
Lu tak percaya? Satu hari je gua cabar lu org cari ketulusan tu..cari lah kalau jumpa. Lu ada juta2 dlm bank ke ada cash ke lu org mmg tak boleh beli tulus itu. Tulus tu ikhlas. bukan pasrah. hehe. tetiba ekeke.

note kecik ==> lu nak bahagia lu doa sendiri. mohon kat tuhan. sbb gua bkn mulia, bkn fake, nak doakan kebahagiaan lu kalau gua tak ikhlas.

Friday, December 23, 2011

Suara Ombak.

jika aku punya daya.
akan ukir setiap saat dgn kegirangan.
akan aku singkir semua duka.
akan cuba ukir di setiap wajah dgn senyuman..
biar tiada kelukaan..

andai aku bisa..
lenyap segala rasa..
akan aku tanam jauh-jauh..
agar tidak pula rasa itu menjengah di setiap ruang itu..
sudut itu yg semakin parah..

andai satu saat nanti..
aku mula bertatih mengharungi ruang-ruang2 yg tertinggal..
tolong Tuhan jgn kau duga lagi..
diluar akan batas kemampuanku..
dengan ujianMu.
ujian hati..

kata hati : rindu suara ombak.

gua jatuh hati.


jatuh hati btol dgn suara dia ni..part intro wehhh melelehhhh..

hati kata : 'jika gua mampu kata RINDU pada lu,mungkin gua tetap simpan.Jika lu lihat riak wajah gua saat ini,gua harap lu tak paham.Dan jika masa lepas bisa gua undur semula,gua takkan biar hati ini diusik lagi''.

Thursday, December 15, 2011

gua suka.



lirik lagu terlalu @cinta dlm hati st12

aku terasa mati ditinggal kekasih
tak pernah terpikir ini bisa terjadi
aku terasa pilu saat kau berlalu
hilang semua kisah cinta dalam hatiku

cintaku padamu tlah setinggi langit
namun kau tak merasakan
sayangku padamu kan ku ingat slalu
biar ku bawa sendiri

aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti
aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa menahan kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku

aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan kepedihanku
aku tak bisa menahan air mataku
hatiku tlah hancur hilang semua mimpiku
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku
aku telah hancur hilang semua mimpiku

*versi akuastik, versi bese dah download. version yg live je tak jumpa nk download. gua suka lagu ni. suara penyanyi tu mmg taste gua la ada weight hehe..layann.sok kt opis gua nak ulang start keje sampai abes time.

Wednesday, December 14, 2011

Cinta itu..















Cinta itu.. satu kemerdekaan..
cinta itu.. bukan pengabdian..

cinta itu..memberi..
cinta itu..bukan meminta..

cinta itu..satu kepercayaan..
cinta itu..bukan ketidakpercayaan..

cinta itu..suatu yg indah..
cinta itu..bukan kejam..

cinta itu..memahami..
cinta itu..bukan minta difahami..

cinta itu..satu kerelaan..
cinta itu..bukan keterpaksaan..

cinta itu..ujud dari hati..
cinta itu..bukan ujud dari sebab..

cinta itu..dari tuhan..
cinta itu..bukan diada-adakan..

cinta itu...


~sambung la sendiri~

Friday, December 2, 2011

Tak akan pernah



Dari setiap denyutan nadi..
Dilengkapi setiap satu cerita..
cerita-cerita yang berbeza..
yang asasnya masih sama..
suka dan duka..

Cerita cinta keakraban..
cerita cinta percintaan..
cerita cinta persaudaraan..
cerita cinta kemanusiaan..

Di setiap cerita keakraban kita..
bawa hingga ke hujung nyawa..
juga di alam sana nanti..
disetiap satu yg mampu aku lakukan..
aku janjikan..

kamu, kamu..yg pernah singgah dalam hidup aku..
yg pernah buat aku tertawa, menangis luka..
dan disetiap pengalaman yang telah diberikan..
ku hadiahkan dengan..
tak akan pernah..lupakan kamu. sungguh.
tak akan pernah.
tak akan pernah..
tak akan pernah...

~cik sachi kamu~

p/s >> khas buat semua yg pernah singgah dalam hidup aku. terima kasih. :)

Monday, November 28, 2011

Cubaan Pertama.

Setiap satu yg berlaku itu pasti ada sebab. Setiap satu sebab memberi beribu makna pada setiap kehidupan setiap insan. Bertabahlah.